Wednesday, March 7, 2012

G.E.R.A.M ! !


Hye semua . My name is Syasha Athia . Syasha izinkan korang panggil Syasha dengan panggilan Syasha , Sya , Thia or Athia . yang lain tak diterima ! haha , gurau je , nak panggil panggilan lain tu , minta izin dulu la ye . (:

Korang semua mesti pelik hairan kan dengan Syasha ni ? yelah , tetiba rajin pula mengupdate diari purple Syasha ni , hehe , bukan apa , Syasha tengah guna laptop untuk buat kerja kursus geografi , tu yang ambil kesempatan sekali tu . haha . jahat kan Syasha ni ?


Em , time Syasha tengah buat kerja kursus geografi petang tadi , tiba-tiba Syasha dapat mesej from my friend , dia cakap , " Awak , kita dah call . dia cakap dia orang tak terima pelawat . so tak boleh buat kicap jalen la wak , huhu " what ? argh ! memang Syasha rasa macam nak pergi serang je orang tu ! Syasha GERAM tau tak ? 

 

Korang bayangkan la ek , Syasha dah planned benda ni almost 1 month , tetiba pihak kilang tu cakap yang dia orang TAK TERIMA pelawat ! what the ..... sombong betul ! nak temu bual and nak jadikan dia popular pun dia tak nak ! geram betul ! sekarang ni Syasha tak ada idea nak buat apa untuk kerja kursus sejarah ni ! adoy ! 

 
# Syasha tak merokok seperti orang tu !

Em , Syasha blank la nak buat apa untuk sejarah ni . Syasha perlukan idea ! sesiapa yang sudi bantu Syasha ? angkat tangan korang tinggi tinggi ! Syasha nak tengok berapa ramai ! please ! siapa yang sudi bantu , bagi nama penuh korang , nanti Syasha letak dalam penghargaan Syasha dalam folio tu , please ! 

 

Hurm , siapa yang sudi bantu bagi idea , boleh tak comment entry ni secepat yang mungkin . Syasha kena submit after cuti sekolah . huhu , so , Syasha minta tolong , tolong bagi Syasha idea . please ! 

 

Em , dah la ! Syasha nak tutup buku diari ni dulu sebab Syasha nak tenangkan hati dan fikiran serta nak siapkan kerja kursus geografi pula . kalau yang sudi bantu Syasha , jangan lupa comment , bagi idea yang tak lari dari tajuk , and nama penuh korang ikut ic yang berserta nama ayahanda masing masing . terima kasih Syasha ucapkan !

 

So now , end of my story for this day ! Syasha tutup dulu diari . nanti Syasha buka balik , but i don't know when . bye bye and assalamualaikum ! .

Tuesday, March 6, 2012

P.E.N.A.T ! !


Hye semua . Syasha Athia masih di sini walaupun sudah lama Syasha tidak mengupdate . malas rasanya . hehe . em , as usual , perenggan pertama ni , Syasha akan perkenalkan diri . my name is Syasha Athia . u can call me Syasha , Sya , Thia or Athia . i don't mind . hehe .

Firstly Syasha minta maaf sebab dah lama tak menulis diari ni . bukannya Syasha dah tak suka diari ni . bukan sama sekali . tapi , entahla . Syasha rasa malas nak menulis and Syasha rasa macam tak ada masa untuk mengudate . Syasha busy sangat dengan pelbagai kerja yang datang menimpa nimpa . memang rasa macam tak cukup tangan je nak buat !


Em , Syasha rasa macam this year memang teruk la ! macam macam kena buat . nasib baik la Syasha refuse untuk masuk kawad , if not , memang Syasha rasa semua benda tak gerak la because i akan penat yang teramat amat ! bayangkan ek , yang i tak masuk kawad ni pun Syasha dah rasa penat GILA , apatah lagi kalau masuk kawad . silap hari bulan Syasha boleh pengsan tau !

 

Em , minggu depan cuti ! Syasha ingat nak rest kan minda jap daripada STUDY and HOMEWORK yang bertimbun tu , tapi nampak gaya macam tak boleh je . awal awal lagi cikgu Syasha tu dengan rajinnya bagi kerja time cuti ! argh ! Syasha tak suka betul la ! minggu depan juga la Syasha and a group of student nak serang kilag Kicap Jalen dekat Kempas Lama . hehe . hopefully orang sana tak halau kami ! ^_^

 

Herm , tau tak kenapa Syasha nak pergi sana ? Syasha nak ke sana semata mata nak siapkan kerja kursus sejarah ! susah tu tak payah cakap la ! rasa boleh berbelit urat saraf Syasha , hehe . hopefully tak la . kalau berbelit , susah juga nanti . hehe .

 

Oklah , Syasha pun dah tak ada idea untuk menulis , maklumlah dah lama tak menulis . sorry kalau Syasha menulis kali ni tidak sesedap selama ni , hehe . apa apa pun terima kasih sebab baca apa yang Syasha tulis diari Syasha ni , ok . bye bye and assalamualaikum !